PETANQUE USM HEBAT RAIH GANGSA DI MASUM 2025

UniSZA, Terengganu, 20 September 2025 – Semangat juang tinggi pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuahkan hasil di pentas Karnival Sukan MASUM 2025 apabila trio petanque lelaki berjaya merangkul Pingat Gangsa dalam acara Triple Lelaki.
Dalam perlawanan penuh aksi mendebarkan menentang pasukan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), skuad USM membuktikan keunggulan mereka dengan kemenangan 13 – 7, sekali gus memastikan pingat berharga dibawa pulang ke kampus.
Pasukan yang dibarisi oleh atlet muda penuh berbakat ini bukan sahaja mempamerkan ketepatan dan strategi mantap, malah memperlihatkan disiplin serta semangat sepasukan yang luar biasa sepanjang perlawanan. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa USM sentiasa melahirkan atlet yang mampu bersaing di peringkat nasional.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan petanque lelaki USM kerana mengharumkan nama universiti. Kejayaan ini menambah koleksi pingat buat kontinjen USM di MASUM 2025 dan sekali lagi mengangkat martabat universiti dalam arena sukan negara.
Dengan semangat “We Lead”, warga USM pastinya berbangga dengan pencapaian ini. Terus maju USM, terus melakar sejarah gemilang di pentas sukan tanah air!