PESTA HOKI USM-PENANG INTERNATIONAL KE-48: PLATFORM MAHASISWA ASAH CIRI GRADUAN HEBAT

USM PULAU PINANG, 22 Disember 2025 :- Pesta Hoki USM-Penang International (PHI) merupakan salah satu kejohanan hoki padang paling berprestij dan terbesar di Malaysia, malah di rantau Asia Tenggara. Kejohanan ini unik kerana ia dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar Universiti Sains Malaysia dengan sokongan penuh daripada Pusat Sukan dan Rekreasi USM.

Pada tahun ini, sebanyak 142 pasukan bertanding dalam 10 kategori yang melibatkan sejumlah 2,000 pemain dalam 242 perlawanan untuk kejohanan pada kali ini yang bermula sejak 20-21 Disember 2025.
Gelanggan akhir Pesta Hoki USM – Penang International Ke-48 menyaksikan dua pasukan berentap bagi merebut gelajar juara untuk setiap kategori yang dipertandingankan iaitu Lelaki Veteren, Wanita Terbuka, Lelaki Terbuka Klasik dan Lelaki Terbuka Premier.
Hadir merasmikan penutup acara pada perlawanan akhir antara AMD A (W.P. Kuala Lumpur) menentang DHT COBRA (Selangor) yang berlangsung di Stadium Hoki, USM Kampus Induk adalah Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, mewakili Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia dan turut dihadiri bersama oleh Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff Pendaftar, USM.
Wan Ahmad Jaafar menyatakan, Pesta Hoki USM-Penang International ini pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1973, dan sejak itu, ia telah menjadi sinonim dengan acara sukan ‘flagship’ kebanggaan USM, bertaraf antarabangsa, yang diuruskan sepenuhnya oleh mahasiswa kita.
“Mereka telah membuktikan keupayaan mereka, dalam menganjur dan menguruskan sebuah acara sukan yang sebegitu besar, tanpa mengabaikan pencapaian akademik mereka. Penglibatan dan kesungguhan mereka itu turut menonjolkan kualiti kepimpinan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi,” ujarnya lagi.
Ia juga menunjukkan usaha USM dalam melahirkan graduan yang memiliki ciri-ciri HEBAT, iaitu Holistic, Entrepreneurial, Balanced, Articulate and Thinking.
Sementara itu, Saudara Runeshwaran A/L Arunasalam selaku Pengarah Projek, Pesta Hoki USM – Penang International Ke-48 turut menyatakan, sejak penganjuran sulungnya, Pesta Hoki USM bukan sekadar sebuah kejohanan sukan semata-mata, malah telah berkembang menjadi satu platform penting dalam memupuk kecemerlangan sukan hoki, mengeratkan hubungan persahabatan merentas sempadan, serta membentuk jati diri para pelajar dan belia melalui pengalaman kepimpinan dan pengurusan acara berskala besar.
Hadir bersama semasa program berlangsung adalah, Prof. Dr. Irfan Naufal Umar, Yang Dipertua Kelab Sukan Staf USM, Encik Mohd Hafezi Mat Zain, Timbalan Pengarah, Pusat Sukan dan Rekreasi USM, Encik Nik Mohd Saifuddin Pengurus Jualan, Edaran Otomobil Nasional Berhad, Encik Mustaffa Kamal Esa, Penasihat, Pesta Hoki USM-Penang International Kali Ke-48, pegawai-pegawai utama universiti dan sekretariat pelajar.
SENARAI PEMENANG :
KATEGORI LELAKI VETEREN
Johan : TPCA (SELANGOR)
1st Runner up : KELAB SUKAN STAF USM (P.PINANG)
2nd Runner up : ALUMINI HC INDON (INDONESIA)
3rd Runner up : K2 HOCKEY CLUB (SELANGOR)
KATEGORI WANITA TERBUKA
Johan : MSN TERENGGANU (TERENGGANU)
1st Runner up : SOUL SISTERS (W.P. KUALA LUMPUR)
2nd Runner up : UKM PYTHON (SELANGOR)
3rd Runner up : X PLAYER B (KELANTAN)
Milo Most Outstanding Player :
NOOR ASYIKIN SYAKIRAH BINTI NOOR HISHAM (MSN TERENGGANU)
KATEGORI LELAKI TERBUKA KLASIK
Johan : RAMD B (W.P. KUALA LUMPUR)
1st Runner up : X PLAYER A (KELANTAN)
2nd Runner up : DOLPHIN A (PERAK)
3rd Runner up : RAJAWALI ULTRA (W.P. KUALA LUMPUR)
Milo Man of the Match :
MUHAMMAD HILMI BIN MIDI (RAMD B)
KATEGORI LELAKI TERBUKA PREMIER
Johan : RAMD A (W.P. KUALA LUMPUR)
1st Runner up : DHT COBRA (SELANGOR)
2nd Runner up : USM PSR (P.PINANG)
3rd Runner up : UTEM DRAGON (MELAKA)
Milo Man of the Match :
MUHAMMAD NAZREY BIN DIN (RAMD A)