Skip to main content

PENUTUP KARNIVAL VARSITI IMT-GT KE-25 PERKUKUH JALINAN PERSAHABATAN, UNIMAP TUAN RUMAH EDISI KE-26

UNP Padang, Indonesia, 28 Ogos 2026 :- Karnival Varsiti IMT-GT ke-25 ini bukan sekadar sebuah acara sukan, seminar dan kebudayaan semata-mata, tetapi ia merupakan lambang dan manifestasi paling berharga bagi jalinan persahabatan, perpaduan, dan kerjasama erat yang telah lama terjalin.

Penutup program pemerkasaan pelajar pelbagai dimensi yang berusia lebih 20 tahun ini menjadi satu platform utama bagi pelajar dari Indonesia, Malaysia, dan Thailand berkampung di Universitas Negeri Padang bermula pada 24-28 Ogos 2026.

Hadir semasa majlis penutup ialah Prof. Madya Dr. Bakti Hassan Basri, Presiden Majlis Varsiti IMT-GT merangkap Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Refnaldi, S.Pd., M.Litt, Dr. rer. nat. Deski Beri, S.Si, M.Si., Timbalan Naib Canselor (Perancangan, Korporat dan Antarabangsa) Ahli Majlis IMT-GT 202/6 dan sekretariat IMT-GT 2025.

Dr. Bakti menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada urusetia dan sekretariat UNP atas komitmen, dedikasi, dan usaha keras yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini dari awal hingga ke akhir. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan semangat berpasukan yang luar biasa.

“Walaupun dalam pertandingan kita cuba mengalahkan lawan, namun disebalik semua acara dipertandingan, kita sebenarnya sedang belajar untuk menjadi yang terbaik,” ujarnya lagi.

Dalam program yang sama, turut diadakan adalah penyerahan bendera kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Shukry Abdul Majid, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa, Universiti Malaysia Perlis selaku tuan rumah IMT-GT Ke-26 yang dijadualkan akan diadakan pada tahun depan dan sesi penyampaian hadiah bagi acara seminar dan kebudayaan.

Seramai 30 peserta dan 8 urusetia USM yang diketuai oleh Prof. Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, Timbalan Naib Caselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni yang melibatkan enam acara iaitu bola tampar wanita, badminton, tenis, catur, kebudayaan dan tiga wakil seminar akademik hadir untuk memberi sokongan kepada pelajar serta membina rangkaian, merapatkan silaturahim, dan mencipta memori indah di sepanjang program berlangsung’

Teks/foto : Unit Media dan Penerbitan BHEPA