Skip to main content

PEMANAH MUDA USM, PRISTISWARY TEMBUS PODIUM MASUM 2025!

Kuala Terengganu, 18 September 2025 – Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuktikan kehebatan apabila acara Memanah (Compound Individu Wanita) menghadiahkan pingat gangsa buat universiti.

Atlet muda berbakat, Pritiswary Muniswaran, pelajar tahun pertama dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, tampil penuh keyakinan dan ketenangan dalam saingan kompetitif yang sengit. Walaupun berdepan cabaran hebat daripada pemanah universiti lain, beliau tetap konsisten dengan aksi cemerlang hingga berjaya menempatkan dirinya di podium sebagai pemenang pingat gangsa.

Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama USM, malah menjadi simbol ketabahan, fokus dan semangat juang tinggi yang sentiasa menjadi identiti warga universiti.

Pingat gangsa yang dimenangi oleh Pritiswary menjadi bukti bahawa atlet USM mampu menyerlah dalam apa jua cabang sukan, sekaligus memberi inspirasi kepada seluruh kontinjen untuk terus memburu lebih banyak kejayaan sepanjang Karnival Sukan MASUM 2025.

Syabas dan tahniah Pritiswary! Teruskan menyinar, kerana semangatmu adalah kebanggaan USM!