Skip to main content

PELAJAR PRAUNIVERSITI SSTMI ADAKAN LAWATAN PENDIDIKAN KE USM

USM, 28 Julai 2026 – Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan rombongan pelajar Prauniversiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) sempena Lawatan Pendidikan Prauniversiti SSTMI ke USM.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai persekitaran universiti, peluang melanjutkan pengajian tinggi serta kemudahan yang disediakan oleh USM dalam menyokong pembangunan akademik dan kecemerlangan pelajar.

Dalam sesi lawatan tersebut, para peserta turut menerima taklimat berkaitan kemasukan ke USM yang disampaikan oleh Puan Fadzilla Bosman daripada Bahagian Kemasukan USM. Taklimat ini memberikan penerangan dan panduan kepada para pelajar mengenai laluan serta peluang untuk melanjutkan pengajian di USM.

Selain itu, Pusat Sukan dan Rekreasi USM turut menyampaikan taklimat khas berkaitan hebahan kemasukan ke Program Warga Sukan USM. Sesi ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pengajian dan laluan kemasukan yang berkaitan dengan bidang sukan, khususnya kepada pelajar yang mempunyai latar belakang, minat dan potensi dalam bidang sukan.

Lawatan ini diharap dapat membuka perspektif baharu kepada para pelajar SSTMI dalam merancang hala tuju pendidikan dan kerjaya, di samping memberikan inspirasi untuk terus mengembangkan potensi dalam bidang akademik dan sukan.

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna dan mencetuskan aspirasi dalam kalangan pelajar SSTMI untuk melanjutkan pengajian serta membina masa depan yang cemerlang di USM.

#USM #PusatSukanDanRekreasiUSM #SSTMI #LawatanPendidikan #BahagianKemasukanUSM #ProgramWargaSukan #WargaSukanUSM #PendidikanTinggi #USMDestinationChoice