Skip to main content

PASUKAN BADMINTON USM SERTAI ASICS BADMINTON UNIVERSITY CHAMPIONSHIP 2025

Pasukan Badminton Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang berentap di Asics

May be an image of 11 people and text

Badminton University Championship 2025 yang berlangsung di Taylor's University, Subang Jaya, Selangor dari 27 hingga 30 Jun 2025.

May be an image of tennis player, volleyball and text

Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan universiti terbaik dari seluruh negara ini menjadi medan penting buat USM dalam menguji keupayaan pemain-pemain muda mereka di peringkat kebangsaan. Pasukan USM tampil dengan barisan pemain yang bersemangat tinggi dan beriltizam untuk memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan.

Encik Mohd Aslam Jurulatih Badminton USM menyatakan bahawa kejohanan ini bukan sahaja sebagai medan persaingan, malah peluang menimba pengalaman, membentuk keserasian berpasukan serta memperkukuh persiapan menghadapi kejohanan-kejohanan universiti lain yang bakal menyusul.