NOSTALGIA TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM KEMBALI
Temasya Olahraga Tahunan Universiti Sains Malaysia (USM) mula diperkenalkan pada awal tahun 1970-an, seiring dengan penubuhan universiti ini pada tahun 1969. Pada peringkat awal, temasya ini dianjurkan dalam skala kecil, melibatkan beberapa acara asas olahraga seperti lari pecut, lompat jauh, dan lontar peluru.
Seiring dengan perkembangan USM, temasya ini mula mendapat sambutan luas daripada pelajar dan staf. Penganjuran temasya ini diperkasakan dengan pembukaan Stadium USM pada tahun 1980-an, yang membolehkan acara dilangsungkan dalam suasana lebih teratur dan meriah.
Menjelang tahun 1990-an, temasya ini diperluaskan dengan penyertaan daripada kolej kediaman, pusat pengajian, serta kategori staf. Acara perbarisan kontingen yang penuh warna-warni turut diperkenalkan, menambahkan kemeriahan suasana temasya.
Kini, Temasya Olahraga Tahunan USM bukan sahaja berperanan sebagai pentas pertandingan sukan, tetapi juga sebagai medan merapatkan hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan warga kampus. Selain itu, temasya ini juga menjadi platform penting untuk mencungkil bakat atlet USM ke peringkat lebih tinggi seperti MASUM dan SUKIPT.
Temasya Olahraga Tahunan Universiti Sains Malaysia kali ke 48 bakal berlangsung pada 23 hingga 25 Mei 2025 di Stadium Olahraga USM.
Semua warga kampus USM dijemput hadir gemilangkan temasya tahunan yang hebat ini !
Koleksi Gambar Arena Sukan USM
laman web:
Join,Like & Share: untuk pelbagai terkini sukan di USM
Facebook:
https://www.facebook.com/share/18vb2RMwSS/
Tiktok:




