NAIB CANSELOR USM MERASMIKAN TEMASYA OLAHRAGA TAHUNAN USM KALI KE 48

Majlis Perasmian Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Ke-48 USM telah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh warna-warni malam tadi.
Temasya telah dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Prof. Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
Temasya tahunan ini dilangsungkan di Stadium Olahraga, Kampus Induk USM, yang disertai oleh sejumlah 13 kontinjen: 9 kontinjen desasiswa, 3 kontinjen staf dari kampus induk, kampus kejuruteraan, kampus kesihatan dan kontinjen alumni.
USM mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kontinjen!
