Skip to main content

MINDEN TIGER USM TEWAS AKSI KEDUA KEPADA MSU.

May be an illustration of text that says "MUSN CUKA SET MINDENTIGER F.C"

Arau, Perlis | 16 Jun 2025 — Pasukan Minden Tiger USM terus dirundung duka dalam kempen Kejohanan Bolasepak IPT Divisyen 2 2025 apabila tewas 0-2 kepada Management & Science University (MSU) dalam aksi kedua kumpulan yang berlangsung di Stadium UiTM Arau jam 8.00 pagi tadi.

Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun MSU terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan pada minit ke-35 separuh masa pertama hasil serangan pantas dari sebelah kanan yang disudahkan penyerang mereka dengan kemas.

Memasuki babak kedua, Minden Tiger USM cuba mengatur serangan balas dan hampir menyamakan kedudukan apabila memperoleh tiga peluang one by one berturut-turut dalam tempoh lima minit di penghujung perlawanan — masing-masing pada minit ke-72, 74 dan 77. Namun ketangkasan penjaga gol MSU berjaya menafikan ketiga-tiga percubaan tersebut, sekaligus memadam peluang kebangkitan.

MSU kemudian menambah gol kedua menerusi rembatan jarak jauh pemain tengah mereka pada minit ke-65, berpunca daripada kesilapan hantaran di bahagian tengah padang.

Kekalahan ini menyaksikan Minden Tiger USM masih mencari rentak sebenar perlawanan. Perlawanan terakhir di dalam kumpulan menentang UniMAP pada 17 Jun 2025 kini bakal penentu kedudukan sekaligus memperbaiki motivasi utama pasukan buat skuad bimbingan Thevandran Picthay, namun tetap akan dijadikan medan untuk memberi minit permainan kepada pemain simpanan dan memburu kemenangan.

Ketua Jurulatih Minden Tiger USM, Thevandran Picthay berkata,

"Kita akui kecewa kerana peluang memang ada, terutama tiga situasi one by one yang sepatutnya diterjemahkan kepada jaringan. Apa pun, pemain telah beri segalanya. Perlawanan terakhir nanti akan jadi pentas menutup kempen dengan bermaruah."