MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PHANTOM RAGBI CLUB SESI 2025/2026

Majlis Watikah Pelantikan Phantom RC Sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana sederhana dan semangat kepimpinan. Majlis ini bertujuan untuk melantik barisan kepimpinan baharu yang akan menerajui Phantom RC bagi sesi 2025/2026. Seterusnya kembali menjayakan USM 10s @ Eng 2026 untuk kali ke 18.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan perasmian oleh penasihat Phantom RC. Seterusnya, penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan kepada barisan kepimpinan baharu sebagai simbol amanah dan tanggungjawab yang bakal digalas.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar sebagai kenangan. Diharapkan kepimpinan baharu ini dapat meneruskan kecemerlangan Phantom RC serta membawa organisasi ke tahap yang lebih gemilang.
Majlis berakhir dengan jamuan ringan dan sesi ramah mesra.