Skip to main content
USM PULAU PINANG, 23 Februari 2025 :- Pasukan Hoki USM telah berjaya meraih Naib Johan dalam kejohanan Liga Hoki Pulau Pinang anjuran Persatuan Hoki Pulau Pinang di Stadium Hoki Bertam.Liga Hoki Pulau Pinang merupakan satu acara tahunan yang akan dijalankan setiap tahun oleh Persatuan Hoki Pulau Pinang. Perlawanan akhir juga tadi melibatkan Pasukan Hoki USM menentang Pasukan OFA Hockey. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri sehingga diheret ke penentuan penalti.
 
Lebih membanggakan pasukan Hoki USM yang diwakili oleh pelajar USM berbanding pasukan yang lain diwakili pemain-pemain import. Selari dengan agenda HEBAT pelajar bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi di sulam dengan kebolehan yang ada pada diri, selari dengan SDG ke-3 Kesihatan Baik dan Kesejahteraan yang memupuk para pelajar untuk sihat dengan bersukan.Saudara Hafiz selaku ketua pasukan, Pelajar Tahun 2, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan mengucapakan jutaan terima kasih kepada BHEPA dan Pusat Sukan dan Rekreasi USM kerana sentiasa menyokong para pelajar dalam apa jua bidang yang diceburi.
 
Saudara Arif Esa selaku YDP MPP dan merupakan salah satu pemain pasukan Hoki USM juga mengucapkan kejayaan ini adalah untuk USM. Sesungguhnya kudrat yang telah dikerah adalah untuk membanggakan nama USM di peringkat lebih tinggi.