LE TOUR DE LANGKAWI 2025 - COACH EDDIE BAWA NAMA USM KE PERINGKAT ANTARABANGSA!

Pasukan Kebangsaan Malaysia sekali lagi tampil dalam perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025, membawa harapan tinggi untuk mencipta impak di pentas dunia.
Skuad negara kali ini dibarisi pelumba berbakat muda dan berpengalaman:
Kee Zhe Yie
Ameer Ahmad Kamal
Iqmal Zarawi
Elmi Jumari
Yusri Shaari
Shahrul Mat Amin

Mereka dikemudi oleh dua individu hebat iaitu Yusof Nasir dan Coach Eddie Norshamshidi Abd Rashid
Apa yang membanggakan, Coach Eddie Norshamshidi bukan sahaja seorang pengurus berwibawa, malah merupakan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Sukan Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan. Kehadiran beliau dalam pasukan kebangsaan membuktikan kepakaran dan pengalaman warga USM turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau sebenarnya bukan asing dalam arena berbasikal negara kerana pernah menggalas tugas sebagai sebahagian daripada pasukan kejurulatihan bersama USM Cycling Team, Program Pembangunan Perlis dan Pasukan Kebangsaan pada tahun 2009 hingga 2013. Kembali dipanggil semula kali ini menunjukkan keyakinan penuh pihak pengurusan terhadap kepakaran dan pengalaman luas yang dimiliki. Kehadiran beliau dalam pasukan kebangsaan membuktikan kepakaran dan pengalaman warga USM turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Coach Eddie dikenali sebagai individu yang berdisiplin, berstrategi dan dekat dengan pelumba. Beliau sering menekankan pendekatan “athlete first” – memastikan keperluan, keselesaan, dan fokus atlet sentiasa diutamakan. Bagi beliau, kejayaan bukan sahaja diukur melalui podium, tetapi juga pembangunan jangka panjang atlet muda negara.
Pusat Sukan dan Rekreasi USM berbangga kerana salah seorang warga universiti kini menjadi tulang belakang pasukan Malaysia dalam LTdL 2025, membawa nama negeri dan USM ke arena antarabangsa.