LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE PROJEK PEMBANGUNAN FASILITI SUKAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE PROJEK PEMBANGUNAN FASILITI SUKAN DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Universiti Sains Malaysia, 29 November 2024 – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, bersama YBrs Profesor Dr. Azlan Bin Amran, Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat USM telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi meninjau perkembangan terkini projek pembangunan kemudahan sukan USM. Turut Hadir bersama Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim bersama pegawai-pegawai Universiti Sains Malaysia.