Skip to main content

LARIAN KAMPUS SUKJAP USM TARIK 200 PESERTA BERSAMA SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKANAN

May be an image of 8 people

May be an image of 8 people

LARIAN KAMPUS SUKJAP USM TARIK 200 PESERTA BERSAMA SEMARAKKAN SEMANGAT KESUKANAN

USM, 10 Jun — Program Larian Kampus sempena Sukan Antara Jabatan (SUKJAP) USM 2025 berjaya menarik penyertaan seramai 200 peserta, sekali gus membuktikan sambutan hangat warga kampus terhadap aktiviti riadah dan gaya hidup sihat.

Acara yang berlangsung di sekitar kawasan kampus induk itu menyaksikan penyertaan daripada pelbagai jabatan, pusat pengajian, dan unit pentadbiran, dengan peserta bersaing secara santai dalam suasana penuh semangat kesukanan.

Menurut Penyelaras Acara Larian Kampus SUKJAP USM 2025, Amirul Asyraf penganjuran Larian Kampus bukan sekadar pertandingan, malah bertujuan menggalakkan budaya hidup aktif dalam kalangan staf pentadbiran dan

> “Kita mahu jadikan acara ini sebagai satu platform untuk mengeratkan hubungan antara warga kus selain memupuk minat terhadap aktiviti riadah. Melihat sambutan yang memberangsangkan tahun ini, kita bercadang untuk memperkenalkannya sebagai acara tahunan,” katanya.

Larian sejauh 5 kilometer itu bermula seawal jam 9.15 pagi, dengan peserta dilepaskan di Stadiun Olahraga USM. Laluan larian melibatkan beberapa lokasi ikonik sekitar kampus seperti Tasik Harapan dan Perpustakaan Hamzah Sendut.

Seorang peserta, Sonia Abu Bakar dari Pusat Teknologi Pengajaran Multimedia berkata, program seumpama ini wajar diteruskan kerana memberi peluang kepada warga kampus untuk bersaing secara sihat di samping menjaga kesihatan.

> “Walaupun penat, saya rasa puas sebab dapat bersama kawan-kawan sambil bersukan. Harap program macam ni ada lagi lepas ni,” katanya.

SUKJAP USM 2025 terus mencipta suasana meriah di kampus dengan pelbagai acara sukan sedang dan akan berlangsung, termasuk sepak takraw, badminton, bola jaring, dan futsal, sepanjang bulan Jun ini.

 

May be an image of 2 people and text that says "·離 種:: STADIUM OLAHRAGA USM"