KUASA SELAMATKAN NYAWA: PSR BERSEDIA!
Pulau Pinang, 13 Februari 2025 – Pusat Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Pusat Sejahtera telah berjaya menganjurkan Kursus Basic Life Support (BLS) pada 12 hingga 13 Februari 2025 bertempat di Bilik Ibn Sina, Pusat Sejahtera USM. Seramai 42 orang staf P.S.R dari ketiga-tiga kampus telah menyertai kursus ini.
Sepanjang dua hari program berlangsung, peserta telah diberi pendedahan teori serta latihan praktikal mengenai teknik asas bantuan kecemasan seperti Resusitasi Kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED), serta cara menangani situasi seperti tercekik dan serangan jantung secara pantas dan berkesan.
Menurut Dr. Ahmad Zaimi Abdul Latiff, Pengarah Pusat Sejahtera, objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran asas dalam menangani situasi kecemasan serta memperkukuhkan pengetahuan berkaitan bantuan hayat asas dalam kalangan komuniti kampus.