Skip to main content

KONTINJEN USM SEDIA BERAKSI DI VARSITY TEAM CHAMPIONSHIP (VTC) UPSI 2025

May be an image of 2 people, people playing basketball and text that says "MUSM S UNIVERSTISARISMALAYSIA SEL SELAMAT BERJUANG USMaDD USM ATLETUSM ATLET USM"

Proton City, 5 Ogos 2025 – Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) telah selamat tiba di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menyertai Varsity Team Championship (VTC) yang berlangsung dari 5 hingga 10 Ogos 2025.

Pasukan-pasukan terlibat termasuk Hoki Lelaki & Wanita, Bola Jaring dan Ragbi telah tiba sekitar jam 4.00 petang dan terus bersedia untuk menghadapi saingan yang dijangka kompetitif dengan penyertaan pasukan terbaik dari seluruh IPT Malaysia.

Pasukan Tenpin Bowling Lelaki & Wanita USM pula dijadualkan menyusul pada 8 Ogos bagi menyertai aksi yang berlangsung di venue khas sekitar kawasan kejohanan.

Kontinjen USM diketuai oleh Puan Lee Chiao Mei, dibantu oleh dua orang pegawai sekretariat iaitu Encik Syed Mohd Fairuz dan Encik Hazlee dari Pusat Racun Negara, USM. Kehadiran barisan pengurusan yang berpengalaman ini diyakini mampu memberikan sokongan terbaik buat para atlet sepanjang kejohanan berlangsung.

Varsity Team Championship (VTC) merupakan antara kejohanan berprestij di peringkat kebangsaan yang menghimpunkan atlet-atlet universiti awam dalam semangat kesukanan, kesepaduan dan persaingan sihat.

Seluruh warga USM mendoakan kejayaan buat semua atlet dan pegawai kontinjen. Semoga semangat juang yang tinggi dan semangat #KitaUSM akan diterjemahkan dengan pencapaian cemerlang di bumi Tanjung Malim ini.

USM – Kami Sedia Berjuang!