Skip to main content

KONTINJEN USM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN PERKAMPUNGAN SUKAN SUKANUN KE-13

May be an image of 4 people and text

Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) turut sama memeriahkan Majlis Perasmian Perkampungan Sukan SUKANUN Ke-13 2025 yang berlangsung pada 8 September 2025 (Isnin) di Padang Kawad, UiTM Cawangan Perak.

Dengan penuh semangat kesukanan, kontinjen USM menyertai perbarisan pembukaan bersama kontinjen lain dari seluruh badan berkanun, menyerikan lagi suasana majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim, PMP, yang menjalankan fungsi Rektor UiTM Cawangan Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk SUKANUN 2025.

Penglibatan ini bukan sekadar melambangkan penyertaan rasmi, tetapi juga mencerminkan komitmen USM untuk mengangkat martabat kesukanan, memperkukuh semangat kebersamaan, dan menyemarakkan lagi karnival yang berprestij ini.

Dengan tema “Kami Bersama, Demi Kejayaan SUKANUN 2025”, kontinjen USM bersedia untuk mengharumkan nama universiti di medan persaingan sambil terus memperkukuh semangat persaudaraan dan perpaduan.