KILAUAN EMAS BUAT MALAYSIA!
Tahniah Amir Daniel Abdul Majeed – Atlet Program Warga Sukan USM
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Amir Daniel Abdul Majeed, Atlet Program Warga Sukan Universiti Sains Malaysia (USM), atas kejayaan mencipta sejarah dengan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam sukan Judo di Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia, malah membanggakan seluruh warga USM. Semoga pencapaian luar biasa ini menjadi inspirasi kepada generasi atlet muda untuk terus berusaha, berdisiplin dan mengejar kecemerlangan di pentas antarabangsa.
Pusat Sukan & Rekreasi USM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
#TahniahAmirDaniel #KilauanEmas #BanggaUSM #WargaSukanUSM #PSRUSM #UniversitiSainsMalaysia
#TeamMAS #KitaSemuaTeamMAS #Rise2Win