KEJOHANAN BADMINTON WANITA 2025 SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA
USM PULAU PINANG, 16 Februari 2025 – Kejohanan Badminton Wanita 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) USM bersama Akademi Badminton Pulau Pinang bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia bertempat di Kompleks Sukan, Kampus Induk Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tema Hari Wanita tahun ini, “Wanita Beraspirasi Membina Legasi” amat bertepatan dengan matlamat kejohanan ini. Objektif penganjuran ini adalah salah satu platform terbaik bagi para peserta wanita untuk menunjukkan bakat dan semangat juang mereka dalam mencapai kecemerlangan serta membentuk sahsiah, disiplin, daya kepimpinan dan semangat setiakawan yang tinggi.
Yang Berusaha Puan Lee Chiao Mei, Ketua Projek Kejohanan Badminton Wanita 2025 berkata “ tujuan kejohanan ini adalah sempena untuk menyambut Hari Wanita Sedunia bagi memperingati tentang kekuatan, daya tahan dan pencapaian luar biasa wanita di seluruh dunia, kepada semua wanita sama ada anda pemain, pengiat sukan dan penyokong, anda sedang mencipta sejarah dan membuka jalan untuk generasi akan datang. We make the history together.” Beliau berharap kejohanan seumpama ini dapat dianjurkan saban tahun sempena Hari Wanita Sedunia.
laman web:
Join,Like & Share: untuk pelbagai terkini sukan di USM
Facebook:
Tiktok:
https://www.tiktok.com/@pusatsukanrekreasiusm?_t=ZS-8tvarzaXaqH&_r=1
#KamiMemimpin
#USMhebat
#AktifUSM
#MediaPSRUSM
Teks : Sektor Multimedia PSR USM
Foto : Akademi Badminton Pulau Pinang