Skip to main content

KEGEMILANGAN ACARA BOLING SUKJAP USM 4 PENJURU 2025 DI PENANG MEGAMALL

Penang Megamall menjadi saksi kepada aksi hebat dan penuh debaran dalam Acara Boling SUKJAP USM 4 Penjuru 2025, apabila setiap pasukan turun dengan misi memburu kejuaraan. Sorakan dan semangat kesukanan membara memenuhi ruang gelanggang boling sepanjang kejohanan.

Pasukan Kampus Induk membuktikan keunggulan mereka dengan aksi konsisten dan penuh gaya, mengumpul 7492 jatuhan pin untuk dinobatkan sebagai JUARA. Mereka tampil bukan sekadar bermain, tetapi menunjukkan ketenangan dan fokus luar biasa yang memikat perhatian penonton.

Di tempat Naib Johan, pasukan USM Kampus Kejuruteraan mencatat 7018 jatuhan pin, membuktikan mereka juga mempunyai kekuatan tersendiri, terutama dalam mencipta momentum pada siri-siri akhir permainan.

Sementara itu, dua pasukan USM Kampus Kesihatan dan IPPT USM mencuri tumpuan dengan aksi penuh semangat sehingga ke akhir perlawanan. Kampus Kesihatan menutup aksi dengan 6979 jatuhan pin, manakala IPPT USM dengan 5893 jatuhan pin berjaya menyaingi lawan dalam perebutan podium.

Acara ini sekali lagi membuktikan bahawa SUKJAP USM bukan sekadar medan pertandingan, tetapi juga ruang untuk membina ukhuwah, semangat setiakawan, dan budaya sukan cemerlang di kalangan warga universiti.

Tahniah kepada semua pasukan — anda adalah inspirasi kepada seluruh warga Universiti Sains Malaysia