• Home
  • Media
  • Buletin
  • KARNIVAL VARSITI IMT-GT 2024 MELABUHKAN TIRAI , TAHNIAH U.S.M !

KARNIVAL VARSITI IMT-GT 2024 MELABUHKAN TIRAI , TAHNIAH U.S.M !

BADMINTON 2

BASKETBALL_2.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

USM, PULAU PINANG, 31 OGOS 2024- Karnival Varsiti IMT-GT (Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle) ke-23 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah selepas berlangsung selama enam hari dari 25 hingga 30 Ogos 2024 di Universiti Sains Malaysia. Kontingen U.S.M bukan sahaja berjaya menganjurkan karnival kali ini dengan baik, malah turut mendapat tempat pertama bagi keseluruhan acara sukan.

Karnival yang bertemakan “Embracing Differencess Of Asean Values For Sustainable Partnership” ini menyaksikan pelbagai aktiviti seperti pertandingan sukan, persembahan kebudayaan dan seminar  yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan tradisi dari tiga negara.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia , Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed yang menyampaikan ucapan penutupan. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan acara sebegini dalam membina rangkaian antara mahasiswa dan meningkatkan pemahaman budaya antara negara IMT-GT.

"IMT-GT bukan sahaja menjadi platform untuk persaingan sihat dalam sukan dan aktiviti akademik, tetapi juga sebagai jambatan bagi mahasiswa dari Indonesia, Malaysia, dan Thailand untuk saling memahami dan menghormati kepelbagaian budaya," kata beliau.

Majlis penutupan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan yang mempamerkan keunikan tarian tradisional, muzik, dan pakaian dari ketiga-tiga negara. Dengan berakhirnya karnival ini, semangat kesatuan dan perpaduan yang dikongsi terus menjadi inspirasi, selari dengan semangat Hari Kemerdekaan Malaysia. "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" kedengaran bergema, menutup tirai karnival dengan penuh rasa bangga dan patriotik.

MERDEKA

Hubungi Kami


WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS INDUK DAN
KAMPUS KEJURUTERAAN

NO. TEL (P):
04-653 4521 (INDUK)
04-599 5700 (KEJURUTERAAN)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (INDUK)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (KEJURUTERAAN)

 

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809 (INDUK)
04-599 5701 (KEJURUTERAAN)

ISNIN-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT :

8.10 am-12.00 pm

2.45 pm-5.10 pm

SABTU/AHAD &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP

WAKTU URUSAN PEJABAT
PUSAT SUKAN DAN REKREASI

KAMPUS KESIHATAN

NO. TEL (P):
09-7671 331 (PEJABAT)
09-7671 330 (KAUNTER)

EMEL RASMI:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN):
04-653 5809

AHAD-KHAMIS :
8.10 am-5.10 pm

JUMAAT/SABTU &
HARI KELEPASAN AM:

TUTUP


PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS INDUK

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KEJURUTERAAN

PUSAT SUKAN DAN REKREASI
KAMPUS KESIHATAN


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan    |    Peta Laman    |    Galeri  |    Hakmilik   |   Login

Tentang Kami

Laman ini menyediakan informasi perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sukan dan Rekreasi, USM.

Pautan Pantas

  • Kampus Kejuruteraan
  • Kampus Kesihatan
  • IPPT
  • Lain-lain
Flag Counter

Hak Cipta © 2024 Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia.