Skip to main content

JPNPP RANGKUL KEJUARAAN BOLA JARING MAKSAK PULAU PINANG 2025

May be an image of 12 people and text

Pulau Pinang, 13 Julai 2025 — Kejohanan Bola Jaring MAKSAK Pulau Pinang 2025 melabuhkan tirainya petang tadi dengan pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) muncul selaku juara setelah menewaskan lawan-lawan mereka dengan aksi mantap sepanjang kejohanan.

Sebanyak 14 pasukan agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah menyertai kejohanan ini, sekali gus menjadikannya antara penyertaan terbesar bagi kategori bola jaring dalam kalendar MAKSAK negeri. Saingan yang cukup kompetitif ini turut menyaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP) meraih Naib Juara, manakala Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) berkongsi kedudukan ketiga bersama.

Senarai Pasukan yang Bertanding:

1. Jabatan Kastam Diraja Malaysia

2. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

3. Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SUKPP)

4. Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

5. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Pulau Pinang

6. Universiti Sains Malaysia (USM)

7. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh

8. Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP)

9. Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang

10. Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang

11. Jabatan Kebajikan Masyarakat

12. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

13. Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang

14. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Puan Siti Salwa Suhaida Ibrahim, selaku Penyelaras Pasukan Bola Jaring MAKSAK Pulau Pinang, menzahirkan rasa puas hati terhadap penganjuran kali ini.

“Terima kasih pada MAKSAK Pulau Pinang kerana berikan mandat kepada USM untuk menyelaras dan mengemudi Sukan Bola Jaring MAKSAK Pulau Pinang, kita dapat lihat mutu permainan yang begitu baik, malah pasukan yang akan mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan MAKSAK Kebangsaan 2025 di Terengganu nanti sudah menunjukkan kesiapsiagaan dari segi taktikal dan disiplin pasukan. Kejohanan ini memang platform penting bagi menilai potensi pemain dan memperkuat pasukan negeri,” ujar beliau.

Beliau turut menyifatkan kejohanan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara penjawat awam pelbagai agensi, malah menjadi pentas penting untuk mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi.

Keputusan Penuh:

🏆 Juara: JPNPP

🥈 Naib Juara: SUKPP

🥉 Ketiga Bersama: Kastam & MBSP

May be an image of 2 people and text

Kejohanan sehari ini dijalankan dalam suasana penuh semangat kesukanan dan harmoni, sekaligus mempersiapkan kontinjen Pulau Pinang untuk tampil lebih kompetitif di pentas kebangsaan nanti.