Skip to main content

JARINGAN AIDIL BAWA NOSTALGIK LEGASI HEBAT MASA DEPAN USM FC!

Minden – USM FC memulakan saingan A2 AFL 2025 dengan penuh bergaya selepas menewaskan MP Kubang Pasu 3-0 di laman sendiri di hadapan hampir 200 penyokong setia.

Dua jaringan pantas Aidil Danial pada minit ke-40 dan 44 hasil gerakan lincah bersama Aminuddin membuka jalan kemenangan. Aminuddin kemudian mengukuhkan kedudukan pada minit ke-66 dengan tandukan tepat daripada sepakan penjuru.

MP Kubang Pasu cuba bangkit di penghujung perlawanan, namun benteng pertahanan USM FC kekal utuh bersama aksi cemerlang penjaga gol.

Kemenangan ini memberi tonik terbaik buat skuad bimbingan Azizul Ahmad Sabri menjelang aksi kedua menentang Perlis pada 27 September ini.