Skip to main content

INISIATIF DAN PENGUKUHAN PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT DI KAMPUS KEJURUTERAAN

May be an image of volleyball, basketball and text that says "灣容 THep DEWAN BADMIN DEWANBADMINTO BADMINTON DEWANEBADMINTON TON แต่น"

Unit Sukan BHEPA dengan kerjasama Kelab Sepaktakraw Kampus Kejuruteraan serta Kelab Kebajikan dan Sukan Kejuruteraan (KKSSK) terus komited dalam memperkasakan pembangunan sukan sepaktakraw di Universiti Sains Malaysia (USM), khususnya di Kampus Kejuruteraan.

Komitmen ini diterjemahkan menerusi penganjuran Liga Undian Sepaktakraw yang kini memasuki siri ke-3 bagi sesi akademik 2025/2026. Kejohanan yang berlangsung pada 10 Januari 2026 di Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan itu berjaya menghimpunkan seramai 10 regu yang terdiri daripada staf dan pelajar.

Penganjuran liga ini bukan sahaja bertujuan membudayakan sukan sepaktakraw dalam kalangan warga kampus, malah menjadi platform penting dalam persediaan awal pasukan USM untuk menghadapi kejohanan peringkat universiti (varsity) pada masa akan datang.

Kejohanan yang dibiayai melalui yuran penyertaan serta sumbangan dan tajaan daripada staf Kampus Kejuruteraan ini berlangsung dalam suasana meriah, penuh semangat kesukanan dan persaingan sihat. Ia turut membuka ruang kepada pencarian bakat baharu serta menilai tahap konsistensi pemain dalam suasana perlawanan sebenar.

Pihak penganjur merancang untuk meneruskan penganjuran beberapa siri kejohanan dalaman seperti ini dari semasa ke semasa sebagai usaha berterusan mencungkil bakat, membina pasukan yang mantap serta memperkukuh ekosistem sukan sepaktakraw di USM.