Skip to main content

IMT-GT KE-24 : PASUKAN BOLA KERANJANG USM JOHAN DI PENTAS AKHIR, TUNJUKKAN AKSI KONSISTEN SEPANJANG PERLAWANAN

May be an image of one or more people, people playing basketball and text

SONGKHLA, THAILAND, 1 November 2025 :- Pasukan Bola Keranjang 3on3 USM menunjukkan persembahan cemerlang sepanjang kejohanan IMT-GT KE-24 apabila memenangi semua perlawanan daripada peringkat awal sehingga berjaya merangkul pingat emas buat kontinjen USM.

Berlangsung di Gelanggan Gimnasium, Thaksin University kelmarin, aksi konsisten dan persembahan taktikal yang ampuh hasil perancangan jurulatih, Encik Nasrullah Noor Hisham, alumni dari Pusat Pengajian Sains Komputer, USM telah membawa pasukan bola keranjang sehingga dinobatkan sebagai johan pada kali ini.

May be an image of basketball and text

Atlet USM yang dibarisi oleh Saudara Solomon Lee Ngan Hong, pelajar tahun 4 dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Lim Zi Wei, pelajar tahun 3 dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Wong Kiing Sie, pelajar tahun 3 dari Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Neo Jun Jen, pelajar tahun 1 dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik dan Yong Lee Chuan, pelajar tahun 4 dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan. berjaya mengatasi persembahan bertenaga pasukan WU dengan skor 18-13.

Turut hadir memberi sokongan semasa pertandingan berlangsung adalah Encik Hafiz Assad Zakaria selaku ketua kontingen USM, Encik Mohd Hafezi Mat Zain, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan, Pembudayaan dan Kecemerlangan Sukan, Pusat Sukan dan Rekreasi USM dan jurulatih-jurulatih pasukan lain.

Seluruh warga warga kampus USM mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang. Semoga dengan penglibatan anda dalam program-program antarabangsa berimpak tinggi dapat dijadikan batu loncatan dalam usaha meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi yang terbaik berpaksikan agenda H.E.B.A.T. USM.

Teks : Mohd Rodzuan Yahya,

Sektor Penyediaan Atlet,

Pusat Sukan dan Rekreasi USM

Foto dan suntingan : Unit Media dan Penerbitan BHEPA