IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SUKAN SAMBILAN (KONTRAK) BAGI TAHUN 2025 DI PUSAT SUKAN & REKREASI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
26 November 2024 - Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Sains Malaysia ingin mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan Jurulatih Sukan Sambilan (Kontrak) kepada pelajar atlet Universiti Sains Malaysia bagi tahun 2025. Syarat kelayakan permohonan adalah seperti di Lampiran 1 & 2.
Borang Permohonan boleh dimuat turun menerusi laman sesawang Pusat Sukan dan Rekreasi di https://pusatsukan.usm.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Disember 2024 (Selasa). Hanya permohonan yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temu duga. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
PENGARAH
PUSAT SUKAN DAN REKREASI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM PULAU PINANG
(U.P: SEKTOR PENYEDIAAN ATLET)
- Lampiran 1 & 2 (https://pusatsukan.usm.my/images/Lampiran%201%20%202.pdf)
- Borang Permohonan (https://pusatsukan.usm.my/images/BORANG%20JAWATAN%20JURULATIH%20SUKAN%20USM.pdf)