Skip to main content

HOKI USM TAMPIL GARANG TEWASKAN BTS AMK 5-2

May be an image of text that says "PENANG HOCKEY LEAGUE 25/26 Matchday GAME WEEK GAMEWEEK2 2 HOCKEY HOCKE HOCKEY SAT 24 JAN 5:00PM USM HT BTS AMKTG STADIUM HOKI BERTAM"

Pasukan Hoki Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan momentum cemerlang dalam saingan Liga Hoki Pulau Pinang Sesi 2025/2026 apabila mencatat kemenangan meyakinkan 5-2 ke atas BTS AMK dalam perlawanan ke-4 yang berlangsung di Stadium Hoki Bertam.

Aksi bertenaga dan corak permainan tersusun dipamerkan oleh skuad USM sejak wisel permulaan, hasil gandingan mantap antara pemain senior dan muda. Ketajaman jentera serangan serta kekuatan benteng pertahanan menjadi faktor utama kejayaan, sekali gus membuktikan tahap kesiapsiagaan pasukan yang semakin meningkat.

Kemenangan ini bukan sahaja menghadiahkan tiga mata berharga, malah menyuntik semangat dan keyakinan kepada seluruh pasukan untuk terus mara dalam misi memburu kejayaan musim ini, selari dengan semangat kesukanan dan kebanggaan menggalas nama Universiti Sains Malaysia.

Universiti Sains Malaysia

BHEPA USM

#sukanusm #KamiMemimpin #USMhebat