Skip to main content

HEBAHAN PELUANG KEEMASAN MELANJUTKAN PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI USM BAGI SIDANG AKADEMIK 2026/2027 KEPADA ATLET-ATLET SUKAN LEPASAN STPM/PRA-U/ DIPLOMA/MATRIKULASI/ SETARAF

Assalamualaikum/ Salam sejahtera, USM kini membuka peluang keemasan kepada para jurulatih/pegawai/tuan/puan yg mempunyai atlet2 lepasan STPM/Pra-U/Diploma/Matrikulasi/ Setaraf yg ingin melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi kemasukan khas sukan di USM (satu-satunya universiti berstatus APEX di Malaysia).

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang https://pohon.usm.my.

Dapatkan no rujukan USM - ALTERNATIF melalui epayment USM ( http://epayment.usm.my) dengan bayaran RM 60.00.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia Encik Mohd Rodzuan Yahya menerusi emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau Puan Siti Salwa Suhaida di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Pemohon dikehendaki menyertakan borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen berikut;

1. Salinan Sijil STPM/ Pra-U/ Diploma/ Matrikulasi/ Setaraf

2. Salinan Sijil SPM

3. Salinan IC

4. Salinan keputusan MUET

5. Sekurang-kurangnya 3 tahun terkini salinan sijil sukan (peringkat MSSM/Negeri/Kebangsaan/ setaraf)

Permohonan Fasa 1 dibuka mulai 14 Januari sehingga 10 April 2026.

Jangan ketinggalan merebut peluang keemasan ini. Harap maklum, terima kasih.