Skip to main content

HATRIK DANIAL SERLAHKAN DOMINASI KUKUHKAN RANKING USM

May be an image of football, American football and text that says "LIGA AFL WANe m εν USM FC K Amateur FULL FULLTIMO TIMC 21 17 21 ALIGAA2AM A2 AM LIGA AILAR BOLA BOLA EILARBOLA PAK KUALA KUALAPERLIS PERLIS AS DR INS USM FC TITANS EUTAG GLOBAL (M) SDN. BHD. LINE SEVEN"

USM FC Tewaskan Kuala Perlis Titans 5-1

8 November 2025 | Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang 4.45 petang

Petang yang indah di Stadium Olahraga USM bertukar menjadi pesta buat penyokong tuan rumah apabila USM FC melakar kemenangan bergaya 5-1 ke atas Kuala Perlis Titans dalam perlawanan penuh aksi dan semangat juang tinggi.

Bintang muda berbakat, Danial Irfan, menjadi tumpuan dengan hatrik sempurna yang menggegarkan benteng lawan. Sementara itu, penampilan muka baru Naufal Solihin Nazri melengkapkan kemenangan gemilang dengan dua jaringan tepat dan bertenaga, termasuk satu gol menarik pada minit-minit akhir perlawanan. Pasukan pelawat hanya mampu mencatat gol saguhati.

Jurulatih pasukan, Azizul Ahmad Sabri, meluahkan rasa gembira dan positif terhadap prestasi anak buahnya:

“Saya amat berpuas hati dengan cara pemain beraksi petang ini. Keadaan mutu padang yang baik dan buatkan pemain bermain dengan keyakinan tinggi, saling memahami peranan masing-masing, dan mempamerkan corak permainan yang matang. Apa yang lebih penting, semangat berpasukan dan disiplin mereka di atas padang semakin menyerlah dari satu perlawanan ke satu perlawanan.”

Pendaftar Universiti Sains Malaysia, Encik Azizudin Mohd Shariff, turut memberikan kata-kata perangsang kepada pasukan:

“USM FC sekali lagi membuktikan bahawa warga USM bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga di medan sukan. Kemenangan ini mencerminkan semangat kerja berpasukan, disiplin, dan nilai juang yang tinggi, ianya diterjemahkan dalam perlawanan petang ini. Dengan sokongan semua pihak kita sama-sama realisasikan pencapaian sukan seiring dengan pencapaian akademik".

Kemenangan petang ini bukan sekadar angka di papan markah, tetapi simbol semangat perjuangan USM FC yang tidak pernah mengenal erti menyerah. Dengan momentum ini, skuad bola sepak USM terus memperkukuh kedudukan sebagai pasukan universiti yang berwibawa dan disegani di arena bola sepak tanah air.

“USM FC Luar Biasa Keunggulan Selamanya!”