Skip to main content

HARI WARGA STAF USM 2025 – KAMPUS KEJURUTERAAN BERGEMA DENGAN SEMANGAT, UKHWAH DAN WARNA-WARNI KEGEMBIRAAN

May be an image of 6 people and text that says 'om 滋 UM USM HARI WARGA UMERSTI SARGMALAISIA IRMRSTSUNGTIBLAISIA MALAISIA SARS STAF2025 HARIWARGASTAF 2025 Warga Ceria, Gemilang Bersama KAMPUS KEJURUTERAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 15 Ogos 150g0s2025-160g0s2025 Ogos 2025'

Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, 15-16 Ogos 2025 – Suasana penuh keceriaan, gelak tawa, dan semangat kekeluargaan mewarnai Hari Warga Staf (HWS) USM 2025 yang kali ini dihoskan oleh Kampus Kejuruteraan. Selama dua hari, pelbagai acara sukan, rekreasi, kreativiti dan persembahan telah mengeratkan silaturahim antara warga dari pelbagai kampus USM.

15 Ogos 2025 bermula dengan percikan semangat kompetitif di gelanggang Boling yang berlangsung di Penang Megamall. Setiap lontaran bola disambut dengan sorakan padu, mencerminkan bukan sekadar persaingan, tetapi juga semangat kebersamaan.

Kemeriahan memuncak pada 16 Ogos 2025 apabila aktiviti siang dimulakan dengan HWSRUN di Stadium Mini Kampus Kejuruteraan – acara larian santai yang menggabungkan kesihatan dan riang ria. Aktiviti memancing Hook Me Up di Kolam REDAC menjadi tumpuan kaki pancing yang bersaing menarik hasil terbaik.

Tidak ketinggalan, HUNT NGINEERS: NUTS, BOLTS AND BRAINS menguji minda dan kreativiti peserta, manakala HORA HORE SPORTIVA (Sukaneka) di Padang A menghidupkan suasana nostalgia permainan tradisional penuh warna.

Di Kompleks Sukan, acara TENTnovasi Harmoni mengetengahkan pertandingan khemah terbaik, diiringi gegak gempita La La Loud (Sorakan) yang membakar semangat kontigen masing-masing. Master Chef bakal berlangsung di Padang Kawad pula menjadi gelanggang bakat masakan warga USM, sementara Rope Warrior (Tarik Tali) di Padang A menguji kekuatan, strategi, dan koordinasi pasukan.

Apabila malam menjelma, tirai acara ditutup dengan penuh gaya melalui Pentas Malam Galau di Dewan Utama. Persembahan pentas yang pelbagai bakat yang indah memukau penonton dan menjadi kemuncak yag meninggalkan memori indah buat semua.

Acara kali ini turut menyaksikan pertembungan penuh semangat antara kontigen pelbagai kampus: Pipit Hutan (Kampus Kejuruteraan), Merbah Surih (Kampus Induk) diketuai Pendaftar USM Encik Mohd Azizudin Mohd Shariff, Sambar Kuning (Kampus Kesihatan) di bawah pimpinan Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin, Pekaka Udang (Kampus Kesihatan) yang diketuai Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani@Ab Ghani, dan Pucung Harimau (IPPT) di bawah Profesor Madya Dr. Muhamad Yusri Musa.

Dengan gabungan semangat kesukanan, kreativiti dan kebersamaan, Hari Warga Staf USM 2025 membuktikan bahawa kekuatan USM bukan hanya pada pencapaian akademik dan penyelidikan, tetapi juga pada perpaduan dan semangat kekeluargaan seluruh warganya.

“Satu USM, Satu Semangat – Mencipta Kenangan, Mengukir Kehebatan USM”