GANDINGAN DOUBLE & TRIPLE CEMERLANG. USM TUMPASKAN DBKL UNTUK KE FINAL!

Aksi pétanque lelaki turut mencuri tumpuan apabila pasukan USM menunjukkan konsistensi dan disiplin tinggi. Dalam suku akhir, USM menewaskan UM 2-1 pada perlawanan pagi.
Pada separuh akhir pula, gandingan double dan triple USM tampil cemerlang menundukkan DBKL 2-1. Kemenangan ini melayakkan USM mara ke perlawanan akhir bertemu UITM yang dijadualkan berlangsung pada 12 September 2025, jam 8.30 pagi.