Skip to main content

FUTSAL SUKANUN 2025 - SKUAD USM KEKAL REKOD TANPA KALAH

May be an image of 15 people, people playing basketball and people playing volleyball

Di gelanggang futsal, USM tampil bergaya apabila menundukkan pasukan LTAT dengan kemenangan besar 4-0 pada aksi pembukaan. Serangan pantas dan kawalan permainan yang tersusun nyata memberi kelebihan kepada skuad USM.

Barisan Futsal USM diperkuatkan dengan pemain dan juga jurulatih Mohd Yuzmuhaimizee Yaacob USMKK FC dilihat berpeluang mencipta kejutan pada kali ini.

Pada aksi kedua menentang MBSJ, perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 0-0, namun keputusan itu cukup untuk memastikan USM mara ke pusingan kedua.

DETIK GETIR DI PADANG B - USM BANGKIT TUNDUKKAN MSN DALAM DRAMA PENALTI 3-2.

Perlawanan pagi tadi menyaksikan USM berdepan pasukan KESEDAR di Padang B. Walaupun menampilkan permainan mantap, USM tewas tipis 1-2. Namun, semangat kental skuad ini nyata terserlah apabila mereka bangkit di perlawanan pusingan kedua menentang pasukan MSN pada sebelah petang.

Pertarungan sengit berakhir dengan keputusan seri sebelum ditentukan melalui sepakan penalti. Keberanian dan ketenangan pemain USM akhirnya membuahkan hasil apabila mereka menang 3-2 menerusi penentuan penalti, sekali gus melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik.

Keputusan Acara Lain (Ringkasan)

Selain bola sepak dan futsal, beberapa acara lain turut berlangsung melibatkan pasukan USM:

Bola Jaring: Menang besar ke atas KEJORA (36-2), tewas kepada UITM (31-13) dan mara ke pusingan kedua.

Karom Berpasukan: Tewas kepada MBSA (5-0) dan UITM (3-2).

Dart Berpasukan: Layak ke pusingan kalah mati sebagai naib juara kumpulan, tetapi tewas kepada LHDNM (6-3).

Petanque Lelaki: Tewas kepada UPM (0-3), bangkit menewaskan KADA (2-1), layak ke suku akhir.

Petanque Wanita: Tewas tipis kepada DBKL (1-2).

Basikal Kriterium: Hebat dalam dalam mencipta saingan dan berjaya pada perlumbaan di tempat ke-4 keseluruhan.

Ping Pong Berpasukan (Manjung): Menewaskan MPS 4-1, mara ke pusingan kedua

Badminton Berpasukan (Manjung): Menumpaskan UNIMAP 4-1, teruskan perjuangan ke pusingan kedua.

Tenpin Bowling (Ipoh): Saingan masih diteruskan.

Sepak Takraw Antara Regu (Ipoh): Tewas kepada KADA (0-2) dan PPUM (1-2).

SEMANGAT JUANG USM LUAR BIASA

Walaupun ada acara yang berakhir dengan kekalahan, semangat juang tinggi ditonjolkan oleh setiap atlet USM. Kemenangan dramatik dalam acara bola sepak serta konsistensi dalam acara futsal menjadi bukti kekuatan mental dan fizikal pasukan.

Kontinjen USM dijangka terus memberi saingan sengit dalam baki acara seterusnya dengan sasaran melangkah lebih jauh di pusingan kalah mati.