Skip to main content

DIVISYEN 1 PULAU PINANG - USM FC MENDAHULUI 5-3 SEBELUM AKSI DITANGGUH MINIT KE-75 AKIBAT CUACA BURUK

16 November 2025 Padang Minden USM - Perlawanan Liga Bolasepak Pulau Pinang Divisyen satu antara USM FC dan K.S. Kg Makam berlangsung sengit sejak sepak mula dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 3-3, menandakan intensiti permainan yang tinggi di kedua-dua pihak.

Memasuki separuh masa kedua, USM FC tidak berputus asa dengan menunjukkan peningkatan ketara dalam penguasaan bola dan penyudah, sekali gus mendahului 5-3. Namun, ketika momentum sedang memihak kepada pasukan, perlawanan terpaksa ditangguhkan pada minit ke-75 berikutan cuaca buruk yang tidak mengizinkan permainan diteruskan.

Situasi cuaca itu turut menjejaskan beberapa aksi lain dalam Liga Bolasepak Pulau Pinang pada Ahad, 16 November 2025, yang sama-sama ditangguhkan demi keselamatan pemain, pegawai, dan penonton.

Aksi baki perlawanan dijangka menyaksikan 15 minit terakhir yang penuh dramatik apabila ia disambung semula kelak pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Sebarang makluman lanjut dan perkembangan semasa akan dikemaskini.