DEBARAN MAKSIMUM! SUKJAP 4 PENJURU 2025 KEMBALI MENGGEGARKAN USM!

USM, Penang – Arena sukan Universiti Sains Malaysia (USM) bakal bergegar dengan kembalinya sebuah acara gemilang yang dinanti-nantikan! Kelab Sukan, Staf USM dengan penuh semangat mengumumkan penganjuran SUKUKAN JABATAN/UNIT (SUKJAP) 4 PENJURU pada 9 hingga 10 Ogos 2025. Bersedialah untuk menyaksikan pertembungan epik apabila para staf dari empat kampus utama USM – Kampus Induk, Kampus Kesihatan (Kelantan), Kampus Kejuruteraan (Nibong Tebal), dan Kampus IPPT (Bertam) – berentap merebut gelaran juara!
MEDAN PERJUANGAN BAKAT-BAKAT TERBAIK
SUKJAP kali ini bukanlah sekadar pertandingan, tetapi medan perjuangan yang bakal menguji ketahanan fizikal dan mental! Pelbagai jenis sukan yang mendebarkan akan dipertandingkan, termasuklah pertembungan sengit dalam Bola Sepak Senior dan Veteran, Tenpin Boling Berpasukan, Petanque Berpasukan (Lelaki dan Wanita), Ping Pong Berpasukan, Badminton Berpasukan, Futsal (Lelaki dan Wanita), Bola Jaring, Bola Tampar (Lelaki dan Wanita), serta Sepak Takraw Regu. Setiap acara menjanjikan aksi luar biasa dan detik-detik yang penuh dramatik!
UKHWAH DISULAMI SEMANGAT KESUKANAN
Lebih daripada sekadar persaingan, SUKJAP 4 Penjuru 2025 adalah sebuah wadah istimewa untuk membina ukhuwah dan menyemarakkan perpaduan antara staf dari seluruh pelosok USM. Inilah peluang keemasan untuk merapatkan hubungan, berkongsi tawa, dan membina kenangan manis bersama rakan-rakan sekerja di luar lingkungan pejabat.
Ayuh! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah gemilang ini!
Datang dan saksikan sendiri pertempuran hebat demi kebanggaan kampus masing-masing.
Saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan SUKJAP 4 Penjuru 2025!
Marilah bersama-sama memeriahkan SUKJAP dan jadikan ia acara yang paling bersemangat dan tak terlupakan!