Skip to main content

BOLA TAMPAR PANTAI WANITA USM TEMPAH SLOT KE SEPARUH AKHIR MASUM 2025

Pasukan Bola Tampar Pantai Wanita Universiti Sains Malaysia (USM) terus membuktikan keunggulan mereka pada Karnival Sukan MASUM 2025 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Dalam dua perlawanan penting, USM menundukkan dua pencabar dengan keputusan meyakinkan:

USM (2) – (0) UM

USM (2) – (0) UMK

Kemenangan bersih ini memastikan USM melangkah penuh bergaya ke pusingan separuh akhir sebagai Johan Kumpulan.

NOOR AISYAH ISKANDAR NADI UTAMA

Antara faktor kejayaan pasukan USM adalah ketenangan dan ketajaman aksi pemain utama, Nor Aisyah Iskandar, produk warga sukan yang semakin menyerlah bakatnya di pentas kebangsaan.

Beliau mempamerkan aksi cemerlang dengan kawalan gelanggang yang mantap, hantaran bertenaga, serta semangat juang tinggi yang menjadi inspirasi rakan sepasukan. Nor Aisyah bukan sahaja menjadi penggerak utama serangan, malah turut menjadi benteng penting ketika bertahan daripada asakan lawan.