BENGKEL HALATUJU PUSAT SUKAN & REKREASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Batu Feringgi, Pulau Pinang. 14 Disember 2024 - Pusat Sukan & Rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Bengkel Halatuju Pusat Sukan & Rekreasi bertempat di Shangri - La Golden Sand Batu Ferringhi sebagai langkah strategik untuk memperkasakan peranan Pusat Sukan dalam pembangunan sukan dan rekreasi sekaligus untuk mengumpul maklumat-maklumat sepanjang tahun 2024. Turut hadir bersama Profesor Madya Dr. Nazarudin Bin Zainun Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, Pengarah Pusat Sukan & Rekreasi di dalam ucapanya telah menyampaikan hasratnya untuk menerbitkan sebuah buku untuk di jadikan rujukan utama buat warga Universiti khususnya dan orang ramai secara amnya. Hasrat itu jugak telah di terima baik dan di sokong oleh Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr. Nazarudin Bin Zainun.