BADMINTON BERPASUKAN 4 PENJURU USM 2025 – Induk Unggul, Kesihatan Tampil Pesaing Hebat!

Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia
Acara Badminton Berpasukan 4 Penjuru USM 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni apabila Pasukan Kampus nduk muncul Juara selepas mengharungi saingan sengit sepanjang kejohanan. Pertemuan yang mempertemukan barisan pemain terbaik dari pelbagai kampus dan fakulti ini bukan sahaja mempamerkan kemahiran teknikal yang tinggi, malah turut menyemarakkan semangat kesukanan warga universiti.

Pasukan Kampus Kesihatan membuktikan mereka bukan calang-calang lawan apabila berjaya mara ke perlawanan akhir. Walaupun terpaksa akur sebagai Naib Juara, pasukan ini mempamerkan aksi mantap dan semangat tinggi, menjadi pesaing terdekat yang memberi tentangan hebat kepada pasukan Kampus Induk.

Sementara itu, pasukan Kejuruteraan tidak pulang tangan kosong apabila meraih tempat Ketiga. Dengan corak permainan agresif dan pantas, mereka mempamerkan semangat kesukanan luar biasa pada pagi tadi.
Penganjuran SUKJAP USM 4 Penjuru ini menjadi platform terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dan pelajar di pelbagai entiti USM, di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal. Sokongan padu daripada rakan sepasukan, pegawai teknikal, dan penonton jelas menambah meriah suasana pertandingan.
Keputusan Rasmi:
Johan – Kampus
Naib Johan – USM Kampus Kesihatan
Ketiga – USM Kampus Kejuruteraan
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding. Semoga semangat kesukanan dan persahabatan yang terjalin dalam kejohanan ini terus menjadi inspirasi untuk penganjuran aktiviti sukan di masa akan datang.