Skip to main content

ATLET USM CIPTA KEJAYAAN PADA KEJOHANAN MAZE ORIENTEERING ANTARABANGSA 2025!

Parit Buntar, Perak — Buat julung kalinya, Atlet dari Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menongkah kejayaan ersama pasukan yang menyertai The 3rd Malaysia International Maze Orienteering Championship 2025, yang berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober 2025 di Padang Sintetik Parit Buntar, Perak.

Kejohanan berprestij ini menghimpunkan peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi dan negara luar bagi menguji ketangkasan, strategi serta kecekapan navigasi dalam laluan maze mencabar.

Pasukan USM yang terdiri daripada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita, semuanya ahli aktif Kelab Rekreasi Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan (KRU-USM Kampus Kejuruteraan), telah menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan.

Antara peserta yang mewakili USM ialah:

👟 Lelaki: Ahmad Mustaqim Bin Omarosman, Muhamad Haziq Bin Khairuddin, dan Hadif Bin Hakim Gharib Bilal

👟 Wanita: Norazean Binti Dahlan, Vani Andriyani Binti Hasan, dan Norehan Binti Bahaldin

Kejayaan paling membanggakan datang daripada Ahmad Mustaqim Bin Omarosman yang berjaya menamatkan cabaran dengan cemerlang dan menduduki tempat ke-4 dalam kategori IPT Lelaki, satu pencapaian yang amat bermakna bagi penyertaan sulung USM dalam kejohanan ini.

Peranan dan galakkan Unit Sukan Kampus Kejuruteraan juga amat penting dalam penyediaan atlet dan pasukan kali ini.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kemampuan pelajar USM dalam bidang sukan rekreasi dan orientering, tetapi juga menjadi pemangkin kepada penglibatan lebih luas warga kampus dalam aktiviti berasaskan ketahanan mental dan fizikal.

Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan atas semangat kesukanan dan kebanggaan yang dibawa — USM Hebat, Cemerlang di Arena Antarabangsa!