AMER DANIEL BINTANG HARAPAN MASUM- SINAR BAHARU SUKAN USM

Penerima Anugerah Bintang Harapan MASUM 2023, yang mengiktiraf potensi besar atlet universiti di peringkat kebangsaan, kini membuktikan bahawa gelaran tersebut bukan sekadar simbolik.
Amir Daniel Abdul Majeed, atlet Judo dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat (Tahun 3), Universiti Sains Malaysia (USM), melakar sejarah apabila meraih pingat emas Sukan SEA 2025, sekali gus menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara judo selepas 44 tahun.
Pengiktirafan sebagai Bintang Harapan MASUM sebelum ini jelas menjadi titik tolak kepada perkembangan prestasi beliau. Konsistensi latihan, disiplin tinggi dan kematangan taktikal yang ditonjolkan sejak di pentas universiti diterjemahkan sepenuhnya di arena antarabangsa.
Di pentas akhir SEA Games, Amir Daniel mempamerkan kawalan teknik yang kemas serta ketenangan dalam menghadapi tekanan. Kejayaan tersebut bukan sahaja menamatkan penantian panjang negara, malah membuktikan bahawa platform MASUM berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.
Turut pernah dinobatkan sebagai Anugerah Atlet Terbaik Universiti 2024 (Kategori Lelaki), Amir Daniel kini muncul sebagai simbol kejayaan pembangunan sukan universiti — daripada Bintang Harapan kepada Juara Asia Tenggara.
Kejayaan ini menjadi inspirasi bahawa pengiktirafan di peringkat universiti mampu menjadi asas kukuh untuk mencipta sejarah di pentas dunia.