Skip to main content

AMANAT DISEMPURNAKAN, BENDERA DISERAHKAN. KINI TIBA MASA USM MELAKAR KEJAYAAN DI SUKUM UNISZA 2026!

Semangat perjuangan terus disemarakkan menjelang Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Kali Ke-46 UniSZA 2026.

Profesor Dato' Dr. Shaiful Bahari Ismail, Pengarah Kampus USM Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Amanat dan Bendera Kontinjen Universiti Sains Malaysia (USM) kepada Timbalan Ketua Kontinjen USM ke SUKUM UniSZA 2026, Profesor Dr. Hairul Anuar Hashim, sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab dan kepercayaan untuk membawa nama USM ke pentas SUKUM UNISZA 2026

Majlis ini menjadi pembakar semangat buat seluruh atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen agar sentiasa berjuang dengan penuh disiplin, integriti dan semangat kesukanan demi mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia.

Selamat berjuang buat seluruh Kontinjen USM. Semoga segala usaha membuahkan kejayaan dan membawa pulang kecemerlangan untuk universiti tercinta.

💜 Kami Memimpin. USM Boleh!

Universiti Sains Malaysia

USM Kampus Kejuruteraan

USM Kampus Kesihatan

Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi,USM

#USM #UniversitiSainsMalaysia #SUKUM2026 #UniSZA2026 #KontinjenUSM #MajlisPenyerahanBendera #KamiMemimpin #USMBoleh #RoadToSUKUM #PusatSukandanRekreasiUSM #SportsExcellence #TeamUSM #HarimauUSM #BanggaUSM