AMAN DAMAI JUARA LIGA RAGBI 7S SUKAD USM 2026
Desasiswa Aman Damai berjaya mengesahkan status sebagai juara Liga Ragbi 7 Sebelah sempena Sukan Antara Desasiswa Universiti Sains Malaysia (SUKAD USM) 2026 selepas menampilkan aksi konsisten dan penuh bertenaga sepanjang kejohanan berlangsung di Kampus Induk USM.
Kejuaraan yang diraih bukan hadir dengan mudah apabila saingan liga kali ini melibatkan lima pasukan desasiswa yang masing-masing hadir dengan kekuatan tersendiri serta semangat juang tinggi demi membawa nama desasiswa ke puncak kejayaan.
Aman Damai membuktikan mereka adalah pasukan paling lengkap dari segi serangan, pertahanan dan disiplin permainan apabila berjaya mengharungi setiap perlawanan dengan prestasi memberangsangkan. Keserasian pemain serta taktikal yang kemas menjadi faktor utama kejayaan mereka menamatkan saingan liga selaku juara.
Desasiswa Murni Nurani pula muncul naib juara selepas memberikan tentangan sengit sepanjang kejohanan. Pasukan tersebut mempamerkan permainan pantas dan agresif yang berjaya mencuri perhatian penonton serta menjadikan saingan liga lebih kompetitif.
Tempat ketiga menjadi milik Desasiswa Restu yang turut menunjukkan peningkatan positif dan semangat juang luar biasa. Persembahan konsisten mereka membolehkan pasukan itu menamatkan kejohanan dalam kelompok terbaik.
Pertandingan dimainkan secara Liga 5 pasukan desasiswa SUKAD USM 2026 kali ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan ragbi, malah turut menyemarakkan budaya kesukanan dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa USM. Sorakan penyokong dan atmosfera penuh semangat sepanjang kejohanan jelas menggambarkan bahawa sukan ragbi terus mendapat tempat di hati warga kampus.
Keputusan Akhir Liga Ragbi 7S SUKAD USM 2026
Juara — Aman Damai
Naib Juara — Murni Nurani
Tempat Ketiga — Restu
Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding, khususnya Aman Damai atas kejayaan muncul juara Liga Ragbi 7S SUKAD USM 2026.