Stadium Hoki USM, 21 Disember 2024 - kejohanan pesta hoki kali ke-47 telah mencapai ke penghujungnya bagi kategori lelaki bawah 12, perempuan bawah 12, junior lelaki bawah 15, junior perempuan bawah 15, junior lelaki bawah 18, dan junior wanita bawah 18. Titik peluh para pemain dan jurulatih akhirnya terbayar dengan pencapaian cemerlang pasukan masing-masing.
Dalam kategori lelaki bawah 12, Star Hockey Club A muncul juara, diikuti oleh Lavender Boys A sebagai naib johan. Tempat ketiga dimenangi oleh SKeTS Alpha, manakala XBJ Citizen menduduki tempat keempat. Bagi kategori perempuan bawah 12, kejuaraan disandang oleh D'Malim Girls, diikuti oleh Senpol Girls di tempat kedua. SKPCT Angels dan Viper Girls pula masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat.
Sementara itu, dalam kategori junior lelaki bawah 15, JM Orion dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh HJR Hockey Academy-PHS Sabah sebagai naib johan. Tempat ketiga dimenangi oleh STOHC, manakala SMKDLP A menduduki tempat keempat.
Dalam kategori junior perempuan bawah 15, Olympian Star muncul juara selepas mempamerkan aksi konsisten, termasuk kemenangan 2-0 di separuh akhir. Tempat kedua dimenangi oleh AHT-SMIDIN Grizzles, yang mara ke final melalui kemenangan penalti tetapi tewas tipis di perlawanan akhir. Tempat ketiga diraih oleh ZABA Viral Yellow selepas mengalahkan ZABA Viral Blue dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.Kategori junior lelaki bawah 18, 7 Cafe - AHP muncul juara selepas mempamerkan aksi cemerlang, termasuk kemenangan 2-0 dalam perlawanan akhir. JM Hornets pula menduduki tempat kedua, manakala Star Hockey Club A meraih tempat ketiga selepas mengalahkan JM Hawks yang menamatkan kejohanan di tempat keempat.
Dalam kategori junior wanita bawah 18, kejuaraan dirangkul oleh Sri Lanka Schools Maroon selepas kemenangan mendebarkan melalui penentuan penalti 3-2 ke atas Ismailian Girls dalam perlawanan akhir yang berkesudahan seri 1-1. Tempat ketiga dimenangi oleh San's Thunder selepas menewaskan FHT OneHeart dengan jaringan 3-2.
Kesemua perlawanan dalam kategori yang dipertandingkan ini berlangsung sengit, menampilkan semangat juang tinggi daripada setiap pasukan.
Hubungi Kami
WAKTU URUSAN PEJABAT PUSAT SUKAN DAN REKREASI KAMPUS INDUKDAN KAMPUS KEJURUTERAAN
NO. TEL (P): 04-653 4521 (INDUK) 04-599 5700 (KEJURUTERAAN)
EMEL RASMI: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (INDUK) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (KEJURUTERAAN)
NO. TEL (KAUNTER TEMPAHAN): 04-653 5809 (INDUK) 04-599 5701 (KEJURUTERAAN)
ISNIN-KHAMIS : 8.10 am-5.10 pm
JUMAAT : 8.10 am-12.00 pm 2.45 pm-5.10 pm
SABTU/AHAD & HARI KELEPASAN AM: TUTUP
WAKTU URUSAN PEJABAT PUSAT SUKAN DAN REKREASI KAMPUS KESIHATAN
NO. TEL (P): 09-7671 331 (PEJABAT) 09-7671 330 (KAUNTER)
EMEL RASMI: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.