PUSAT SUKAN DAN REKREASI - Universiti Sains Malaysia

Sports Crew & Sports Volunteer

USM SPORTS CREW (DITANGGUHKAN)

Pusat Sukan dan Rekreasi USM akan mewujudkan ruang pekerjaan sampingan kepada para mahasiswa/siswi yang berminat untuk turut berkhidmat dengan Pusat Sukan dan Rekreasi USM. Siswa/siswi yang berkeupyaan adalah dipelawa untuk melibatkan diri dalam bidang perkhidmatan di jabatan ini menerusi penyeliaan/front desk kemudahan sukan USM dalam beberapa jadual waktu yang telah ditetapkan. Setiap siswa/siswi yang berminat akan dibayar dengan kadar yang berpatutan mengikut jumlah jam bertugas yang akan dikawal selia oleh staf Pusat Sukan dan Rekreasi USM.

 

USM SPORTS VOLUNTEER

Pusat Sukan dan Rekreasi akan melaksanakan penganjuran program sukan bersama-sama dengan jumlah sukarelawan mahasiswa/siswi secara berpusat dan terkawal. Jumlah sukarelawan akan dipilih berdasarkan kepada permohonan menerusi pendaftaran yang dibuat secara atas talian dengan menggunakan sistem yang telah disediakan. Para siswa/siswi yang terpilihuntuk membantu penganjuran sukan di USM adalah tertakluk kepada penganjuran program sukan sepanjang tahun dan akan di beri latihan secara komprehensif untuk melahirkan sukarelawan yang betul-betul kompeten untuk mengendalikan kejohanan.

 

PENDAFTARAN

Sila layari laman sesawang, https://sport.usm.my/sportscrew/ untuk pendaftaran.