Pusat Sukan & Rekreasi USM telah mampu menganjurkan Pesta Hoki USM-Penang International di peringkat antarabangsa dan mampu mengekalkan penganjurannya setiap tahun. Pada tahun ini Pusat Sukan & Rekreasi akan menganjurkannya pada kali yang ke 45 pada tahun 2018. Selama 3 tahun berturut-turut Pesta Hoki USM-Penang International termasuk dalam MALAYSIA BOOK OF RECORDS dan kini telah mendapatkan rekod “50 hours non-stop game”. Kejohanan ini juga telah mendapatkan “GUINNESS WORLD RECORDS” for the “LARGEST FIELD HOCKEY TOURNAMENT PLAYERS”.
Pusat Sukan & Rekreasi juga berupaya menganjurkan Pesta Bola Jaring di peringkat antarabangsa dimana penganjurannya terdiri daripada pelajar-pelajar wanita sahaja. Penganjurannya dapat dikekalkan (sustained) pada setiap tahun. Pada tahun ini Pusat Sukan & Rekreasi telah menganjurkankannya buat kali yang ke-28, 2018.
Pusat Sukan & Rekreasi juga dapat menghasilkan seorang atlet lawan pedang yang pernah meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.
Pusat Sukan & Rekreasi telah berjaya untuk mengadakan Program Warga Sukan, satu-satunya Universiti yang membenarkan atletnya berpeluang memilih bidang pengajian masing-masing dan tidak diwajibkan untuk mengikuti bidang pengajian Sains Sukan sahaja.
Pusat Sukan & Rekreasi telah menghasilkan Atlet pada peringkat Kebangsaan seperti Lim Chow Chuan (Hoki), Lim Chee Wei (Karate) dan lain-lain.
Pusat Sukan & Rekreasi mempunyai pegawai dan staf yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang hoki, lumba basikal, bolasepak dan sepaktakraw. Selain itu Pusat ini juga pernah dan sedang menggunakan perkhidmatan Jurulatih pakar daripada kalangan staf dan orang luar seperti Prof. Teng Tjoon Tow-Bola Keranjang dan Dr. Pok Fen Wei - Ping Pong, Encik Alex Kee Tuan Jin untuk Sukan Renang dan lain-lain lagi.
- Ex-Hockey National Player
- Ex-National Cyclist
- Ex-National Footballer
- Ex-National Sepaktakraw
KEMUDAHAN PUSAT SUKAN & REKREASI YANG MEMENUHI PIAWAIAN ANTARABANGSA
- Stadium Olahraga (Taraf Antarabangsa)
- Stadium Hoki (Taraf Antarabangsa)
- Kolam Renang (Taraf Antarabangsa)
- Padang Kriket (Taraf Antarabangsa)
- Kompleks Sukan
- Dilengkapi dengan sebuah galeri untuk 600 orang
- Badminton (6 gelanggang)
- Skuasy (3 gelanggang)
- Gimnasium (1 gelanggang lelaki & 1 gelanggang wanita)