PUSAT SUKAN DAN REKREASI - Universiti Sains Malaysia

MURNI NURANI MENDAHULUI SUKAD FASA 1

28 Januari 2024-SUKAD Fasa 1 telah membuka tirainya pada 26-28 Januari 2024 di Kampus Induk  dengan menawarkan 5 jenis sukan iaitu Bola Sepak, Frisbee, Hoki (Lelaki & Wanita), Bola Baling (Lelaki dan Wanita) dan Bola Jaring.Sebanyak 9 Desasiswa telah menyertai pada fasa kali ini. Desasiswa Murni Nurani telah mendahului carta dengan mengumpul 3 pingat emas, satu perak dan di ikuti oleh Desasiswa Jaya Lembaran Utama dengan mengumpul 3 pingat perak.

Atlet yang mengambil bahagian telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dengan memberikan persaingan sengit untuk mendapatkan kemenangan bagi desasiswa masing-masing.Menurut Nashibah, Pengerusi SUKAD 2024, beliau melihat program pembudayaan sukan seperti ini bukan sahaja menggalakkan pelajar beraktif dalam sukan malah dapat mewujudkan jalinan ukhwah dengan staf-staf universiti.

Acara penutupan dimeriahkan perlawanan akhir Bola Sepak diantara Desasiswa Bakti Fajar Permai Petas (BFPP) dengan Jaya Lembaran Utama (JLU). Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor Dr. Shaharum bin Samsudin, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM. 

 

  • Hits: 47