PUSAT SUKAN DAN REKREASI - Universiti Sains Malaysia

PROGRAM ACTIVE@PSR 2022: KEMBALI SECARA FIZIKAL

 

27 Jun 2022, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; Pusat Sukan dan Rekreasi ingin menjemput semua warga kampus untuk menyertai kelas senaman yang dianjurkan di bawah Program Active@PSR 2022 dengan kerjasama Oxygen Fitness dan USMile. Kelas senaman ini dianjurkan secara fizikal di foyer Kompleks Sukan Azman Hashim USM (hadapan dengan kaunter tempahan PSR). Kelas secara talian juga turut diadakan pada jadual yang sama untuk penyertaan peserta daripada kampus cawangan. Kelas senaman akan diadakan mulai 1 Julai 2022.  

Jadual kelas senaman adalah seperti berikut,  

KELAS

HARI 

MASA 

JURULATIH 

Strong Nation 

Selasa 

7.00pm – 8.00pm 

Puan Melissa Lian 

Tabata 

Khamis 

6.00pm – 7.00pm 

Puan Farhana Khamis 

Zumba 

Jumaat 

8.00pm – 9.00pm 

Puan Lisa Lim 

 

1.       Kelas Strong Nation 

https://forms.gle/zMxLogbkGXbWpih88

 

2.       Kelas Tabata 

https://forms.gle/FXZBDJ1jKSP4ZH4z6

 

3.       Kelas Zumba 

https://forms.gle/DXhJw7EPjuVXyLiD9

 

Peserta yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu mendaftar semula. Pautan bagi kelas secara atas talian akan dihantar kepada peserta yang telah mendaftar melalui e-mel dan pautan tersebut akan digunakan untuk memasuki kelas talian selama sebulan.  

Untuk makluman, semua kelas senaman dijalankan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman yang dilantik oleh Pusat Sukan dan Rekreasi. Program senaman adalah sesuai kepada semua gender bagi semua peringkat umur. Peserta juga dinasihati menjalankan senaman mengikuti kemampuan dengan mengingati konsep ‘starts now, starts small and repeats. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila hubungi Puan Lee Chiao Mei di alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..  

WhatsApp Image 2022 06 24 at 12.44.30 PM

  • Hits: 850