PUSAT SUKAN DAN REKREASI - Universiti Sains Malaysia

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN JURULATIH SUKAN USM

24 November 2021, Kampus Induk USM: Sukacita dimaklumkan Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia mempelawa individu yang berkelayakan untuk memohon jawatan Jurulatih Sukan pasukan atlet pelajar secara kontrak. Individu yang memenuhi syarat kelayakanseperti yang dinyatakan diLampiran 1 dan 2 adalah di pelawa untuk memohon dengan mengisi  borang yang boleh dimuat turun menerusi laman sesawang Pusat Sukan dan Rekreasi, https://pusatsukan.usm.my untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan di buka mulai 29 November 2021 sehingga 28 Disember 2021 sahaja dan permohonan yang lewat di terima tidak akan di proses.

Bersama-sama ini disertakan borang permohonan tersebut untuk hebahan kepada semua  individu yang berkelayakan di bawah jabatan YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato/Tuan/Puan. Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Mohd Rodzuan Yahya di talian 04-6532311/ 012-9867550, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Boranyang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sepertdi bawah:

Pengarah

Pusat Sukan dan Rekreasi

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

Atau:

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Disember 2021 (Selasa). Kerjasama daripada pihakYBhg. Datuk Seri/Datuk/Dato/Tuan/Puan dalam  perkara ini amat dihargai dan diucapkaribuan terima kasih.

 BORANG JURULATIH SUKAN USM 2022

  • Hits: 1223