PUSAT SUKAN DAN REKREASI - Universiti Sains Malaysia

PELAWAAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR KLORIN KOLAM RENANG KE PUSAT SUKAN DAN REKREASI, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

04 Oktober 2021, Universiti Sains Malaysia: Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, Pulau Pinang ingin mempelawa pembekal-pembekal yang berkelayakan untuk membekal dan menghantar klorin kolam renang. Berikutan dengan isu penularan wabak COVID-19 dan selaras dengan pindaan tatacara berkuatkuasa berkaitan kehadiran taklimat dan lawatan tapak, bagi penyebutharga ini, tiada sebarang taklimat atau lawatan tapak yang akan dilaksanakan.

Dokumen sebutharga hardcopy yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul dan bertanda "SULIT - SEBUTHARGA NO. SH1/21/END//JSUKAN/P/000108(S) dan dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di Pejabat Pentadbiran Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang.

Dokumen sebutharga dalam bentuk softcopy boleh didapatkan melalui emel kepada Puan Heznina binti Abdul Jalil dialamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan perlu disertakan bersama salinan Sijil Pendaftaran Kod Bidang Kementerian Kewangan.

Tarikh tutup tawaran adalah pada 07 OKTOBER 2021 pada jam 12.00 tengahari.

 

  • Hits: 671