PUSAT SUKAN DAN REKREASI - Universiti Sains Malaysia

PELAWAAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN GYMNASIUM KEPADA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

26 Ogos 2021, Universiti Sains Malaysia: Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia, Kampus Induk, Pulau Pinang ingin mempelawa pembekal-pembekal yang berkelayakan dan berminat untuk membekal dan menghantar peralatan gymnasium kepada Universiti Sains Malaysia.

Dokumen sebutharga yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda "SULIT-SEBUTHARGA NO.SH1//21/END/JSUKAN/U/00138 dan dimasukkan sendiri ke dalam peti tawaran di Pejabat Pentadbiran, Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang. Dokumen sebut harga dalam bentuk ‘softcopy’ boleh didapatkan melalui emel kepada Puan Heznina binti Abdul Jalil dialamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Notis sebutharga boleh di muat turun di bawah. Tarikh tutup tawaran adalah pada 12.00 tengahari, 08 SEPTEMBER 2021 (RABU).

NOTIS PELAWAAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN GYMNASIUM KEPADA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

  • Hits: 712