MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIGEN USM KE SUKUM 42 UPSI

download

USM, PULAU PINANG, 19 Jun 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) bertekad untuk memenangi Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia ke-42 yang akan berlangsung di kampus UPSI Tg. Malim, Perak.

Bersempena dengan kejohanan yang akan diadakan dari 28 Julai hingga 5 Ogos tahun ini, USM telah mengadakan upacara penyerahan bendera kepada setiap pasukan di lobi bangunan Canselori USM.

download 1

Pada majlis itu, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail dan Ketua Kontigen SUKUM 2017, Profesor Dato' Dr. Ahmad Zakaria turut berkongsi kata-kata semangat kepada semua atlet dan kakitangan yang akan bertanding dan mengambil bahagian.

Sejumlah 21 acara yang akan dipertandingkan dan penyertaan dari 20 buah universiti awam seluruh Malaysia. USM akan bersaing dalam 16 acara dengan harapan untuk memenangi dan menjadi juara untuk kejohanan SUKUM kali ini.